Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
FIRE SERVICES AND SAFETY, COMBAT SERVICE SUPPORT CONDUCTS CEMETERY AND MOSQUE CLEANING CAMPAIGN IN CONJUCTION WITH THE 58TH ANNIVERSARY OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

KAMPUNG PULAIE, Friday, 10 May 2019 – In conjunction with the 58th Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Anniversary celebration, 20 personnel from the Fire Services and Safety, Combat Service Support of the Royal Brunei Land Force conducted cleaning campaign activities at the muslim cemetery and mosque of Kampung Pulaie. The event commenced with the recital of Tahlil and Doa Arwah and continued with the cleaning campaign.

The cleaning campaign activity is aimed to enhance spiritual development of personnel as well as to encourage contribution to the community especially in light of the holy month of Ramadhan. It was also part of religious and charity activities to commemorate RBAF 58th Anniversary.


KHIDMAT BOMBA DAN KESELAMATAN, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT MENGENDALIKAN AKTIVITI KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN DAN MASJID KAMPUNG PULAIE BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE-58 TAHUN

KAMPUNG PULAIE, Jumaat, 10 Mei 2019 – Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-58 Tahun, seramai 20 orang anggota Khidmat Bomba dan Keselamatan, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei telahpun mengendalikan aktiviti kempen kebersihan Tanah Perkuburan Islam dan Masjid Kampung Pulaie. Acara dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah disusuli dengan kempen kebersihan kubur dan masjid secara bergotong royong.

Kempen kebersihan ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan kerohanian dikalangan anggota dan memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Disamping itu, ianya juga merupakan sebahagian daripada aktiviti keugamaan dan kebajikan sempena Hari Ulang Tahun ABDB yang Ke-58.