Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
CLOSING CEREMONY FOR BASIC SIGNAL COURSE 1/2019

TUTONG CAMP, Thursday, 07 February 2019 – The closing ceremony for the Basic Signal Course 1/2019 was held at Block Ilmu, Second Battalion, Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF). A total of 20 personnel from 2Bn RBLF participated in the course that was conducted by Lt Abdul Kadir Jalani Bin Haji Ahmad, 2Bn Signal Officer, RBLF.

Present as the Guest of Honour was Lt Col Pengiran Mohammad Shamsul Reza Bin Pengiran Dato Paduka Hj Tengah, Commanding Officer, 2Bn RBLF. Also in attendance were the Officers in Command of respective companies, Regiment Sergeant Major, Company Sergeant Major and Instructors.

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah led by Pvt Ahmad Murthada Bin Madeli, followed by a post-course briefing by the course conductors and the presentation of certificates to the course participants.

The Best Practical award went to Pvt Mohammad Faez Bin Kamalludin, the Best Theory award was awarded to Pvt Kadir Jailani Bin Haji Asli. Meanwhile, the Overall Best Student award was given to Pvt Mohammad Adizul Azrie Bin Mohammad Sahrul. The ceremony concluded with the recital of Doa and photo session.

PENUTUP KURSUS ASAS SEMBOYAN SIRI 1/2019

PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 07 Februari 2019 – Seramai 20 orang anggota Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menamatkan Kursus Asas Semboyan siri 01/2019 peringkat Batalion Kedua TDDB yang telah berlangsung di Blok Ilmu, 2Bn TDDB. Kursus tersebut dikendalikan oleh Lt Abdul Kadir Jalani Bin Haji Ahmad, Pegawai Semboyan, 2Bn TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Lt Kol Pengiran Mohammad Shamsul Reza Bin Pengiran Dato Paduka Hj Tengah, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Memerintah Kompeni, Sarjan Mejar Rejimen, Kompeni Sarjan Mejar serta jurulatih-jurulatih kursus.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Sld Ahmad Murthada Bin Madeli, diikuti dengan penyampaian ulasan ringkas mengenai kursus tersebut yang disampaikan oleh pengendali kursus dan penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis.

Penuntut Terbaik Amali disandang oleh Sld Mohammad Faez Bin Kamalluddin, Penuntut Terbaik Teori disandang oleh Sld Abdul Kadir Jailani Bin Haji Asli. Manakala Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Sld Mohammad Adizul Azrie Bin Mohammad Sahrul . Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat serta bergambar ramai.