Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE PERSONNEL

LUMUT CAMP, Wednesday,  06 February 2019 – A promotion ceremony for Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) personnel took place at two separate venues. The promotion ceremony for the Senior Ranks was held at the WO, SSgts and Sgt's Mess of 3Bn RBLF whereas for Other Ranks was held at the Dining Hall 3Bn RBLF.

A total of 2 personnel was promoted for Senior Ranks, which is promoted to Acting Sergeant. Meanwhile, for Other Ranks, 32 personnel were promoted with 8 personnel promoted to Sub Corporal, 7 personnel promoted to Acting Corporal, 6 personnel promoted to Sub Lance Corporal and 11 personnel promoted to Acting Lance Corporal.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Erwan Bin Haji Ibrahim, Commanding Officer of the 3Bn RBLF. Also present at the ceremony were officers, senior ranks and other ranks of 3Bn RBLF.

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by the rank presentation and the recital of doa selamat. The ceremony concluded with a photo session.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB RENDAH DAN PTB-PTB KANAN BATALION KEIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu, 06 Februari 2019 - Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah melangsungkan Majlis Kenaikan Pangkat di dua tempat berasingan; bagi PTB-PTB Kanan di Mes PW, SSjn & Sjn 3Bn TDDB dan bagi PTB-PTB Rendah di Dewan Makan 3Bn TDDB.

Jumlah keseluruhan yang menerima pangkat bagi PTB-PTB Kanan adalah seramai 2 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Sarjan. Manakala, bagi kenaikan pangkat PTB-PTB Rendah seramai 32 anggota menerima pangkat iaitu 8 anggota menerima Koperal Tetap, 7 anggota menerima Pemangku Koperal, 6 anggota menerima Lans Koperal Tetap dan 11 anggota menerima Pemangku Lans Koperal.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pangkat ialah oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan Bin Haji Ibrahim, Pemerintah Batalion Ketiga TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah 3Bn TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan penyampaian pangkat dan bacaan doa selamat. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai.