Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCES ORIENTEERING COMPETITION 2018/2019

KAMPONG SUNGAI LIANG, Thursday 10 January 2019 – The Orienteering competition for Royal Brunei Land Forces (RBLF) was held at Pusat Perhutanan Brunei, Kampong Sungai Liang, Belait.  The competition was organised by the Third Battalion RBLF.

Present as the guest of honour was Colonel Haji Damit bin Haji Bakar, Acting Commander of RBLF, Senior Officers of RBLF and other RBLF personnel.

Five teams participated in the event comprised of First Battalion RBLF, Second Battalion RBLF, Third Battalion RBLF, Combat Service Support RBLF and Support Battalion. The orienteering competition was divided into 5 categories with one team category and four open categories. The open categories are Individual open events (40 years and above), Individual open events (35 to 39 years old), Individual open events (35 years to 39 years old) and Individual open events (29 years old).

Seconf Battalion RBLF emerged as the champion for the 2019 orienteering competition. Second place went to First Battalion RBLF and Third Battalion came in the third place in the competition.

The competition aims to test the navigational skills and endurance fitness of the orienteers, where participants will have to make their way across unfamiliar terain using only a map and a compass.

PERLAWANAN MERINTIS PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2018/2019

KAMPONG SUNGAI LIANG, Khamis 10 Januari 2019 - Perlawanan Merintis bagi Peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan di Pusat Perhutanan Brunei, Kampong Sungai Liang, Belait. Acara tersebut telah dianjurkan oleh Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat menyaksikan pertandingan ini adalah Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Pemangku Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan TDDB dan anggota-anggota TDDB.

Lima pasukan telah ikut bertanding iaitu Pasukan Batalion Pertama TDDB, Batalion Kedua TDDB, Batalion Ketiga TDDB, Khidmat Bantuan Kombat TDDB dan Batalion Bantu TDDB. Perlawanan Merintis telah dibahagikan kepada 5 kategori iaitu satu kategori pasukan dan empat kategori terbuka yang lain. Bagi Kategori terbuka ialah Acara terbuka perseorangan (40 tahun keatas), Acara terbuka perseorangan (35 tahun ke 39 tahun), Acara terbuka perseorangan (35 tahun - 39 tahun), Acara terbuka perseorangan (29 tahun kebawah).

Pasukan Batalion Kedua TDDB muncul juara bagi perlawanan merintis tahun ini. Tempat kedua disandang oleh Pasukan Batalion Pertama TDDB, manakala Pasukan Batalion Ketiga TDDB menduduki tempat ketiga dalam acara itu. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat,Yang Mulia Pemangku Pemerintah TDDB.

Acara sukan ini bertujuan untuk menguji kemahiran navigasi dan kecergasan daya tahan para pemain orientasi, di mana para peserta perlu melintasi kawasan yang tidak dikenali dengan menggunakan hanya peta dan kompas.