Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
LUNCH WITH THE DISTRICT OFFICER, MEMBERS OF LEGISLATIVE COUNCIL, HEADS OF MUKIM AND VILLAGES AND GOVERNMENT OFFICERS OF TUTONG DISTRICT IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE 57th ANNIVERSARY

TUTONG CAMP, Wednesday 09 January 2019 – Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) and Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held a luncheon in conjunction with the RBLF's 57th anniversary for the District Officer, Members of the Legislative Council, Head of Mukim, Head of Villages and Government Officers from the Tutong District at the Officer's Mess Tutong Camp.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin Bin Haji Mohammad Hussain, District Officer of Tutong District. Also present during the event were Lieutenant Colonel Haji Rony Zai Bin Haji Zaini, Commanding Officer of Sp Bn RBLF and Lieutenant Colonel Pg Mohd Shamsul Reza Bin Pg Dato Paduka Hj Tengah, Commanding Officer of 2Bn RBLF.

The event started with a mass Zuhur prayer at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp. Upon arrival at the Officer's Mess, a group photo session was held followed by the signing of parchments by the Guest of Honour and representatives from the Head of Mukim, Head of Villages and Government Officers. The event continued with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Captain Haji Mohd Hisham bin Abdullah.

During the event, the Commanding Officer of Sp Bn RBLF delivered a speech which highlighted the importance of the annual luncheon event hosted by RBLF as an effort to foster closer and stronger relationship between the stakeholders and how it plays a crucial role in maintaining the peace and security of the nation. He also shared the recent speech by the Commander of the RBLF during the 57th Anniversary Parade on the changing and challenging issues in the security and strategic environment. It is therefore important for all stakeholders to continue in fostering the relationship, sharing of knowledge, information and experience with each other in order to support the peace and security in the nation.

The event concluded with the luncheon and presentation of gifts to all the invited guests by the Commanding Officer Sp Bn RBLF and Commanding Officer 2Bn RBLF. 


MAJLIS MAKAN TENGAHARI BERSAMA PEGAWAI DAERAH, AHLI-AHLI MESYUARAT NEGARA, PENGHULU-PENGHULU MUKIM, KETUA-KETUA KAMPONG DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE-57

PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu 09 Januari 2019 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) dan Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Makan Tengahari sempena hari ulang tahun TDDB bersama Pegawai Daerah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai-Pegawai Kerajaan di Daerah Tutong bertempat di Mes Pegawai Perkhemahan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin Bin Haji Mohammad Hussain, Pegawai Daerah Tutong. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai Bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB dan Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Mohd Shamsul Reza Bin Pg Dato Paduka Hj Tengah, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Zuhur berjemaah di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong. Sejurus tiba di Mes Pegawai Perkhemahan Tutong, para jemputan dijemput untuk bergambar ramai dan diteruskan dengan menandatangani lembaran kenangan oleh tetamu kehormat dan para jemputan daripada Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai-Pegawai Kerajaan. Majlis tersebut diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Kapten Haji Mohd Hisham bin Abdullah, dan diikuti dengan ucapan daripada Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB.

Di dalam ucapan beliau, beliau telah menyatakan kepentingan majlis makan tengahari yang diungkayahkan setiap tahun ini sebagai sebuah landasan yang merapatkan hubungan erat dan silaturrahim diantara semua stakeholders yang mana hubungan erat yang telah terjalin sekian lama ini adalah berperanan besar dalam mempertahankan ketenteraman dan keamanan negara. Beliau juga telah mengongsikan hasil petikan perutusan Pemerintah TDDB sempena Perbarisan HUT TDDB ke-57 Tahun yang menekankan tentang keselamatan dan persekitaran strategik yang pada masa kini semakin mencabar. Oleh itu, ianya memerlukan kesemua stakeholders dalam mengekalkan hubungan yang rapat, mengoptimakan perkongsian pengetahuan, maklumat dan pengalaman dalam membantu mengekalkan keamaan dan sekuriti yang sedang dinikmati oleh negara pada masa ini.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan tengahari dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua jemputan yang telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB dan Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB.