Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
FLAG HANDING CEREMONY FOR EXERCISE MAJU BERSAMA SERIES 23/2018

BERAKAS GARRISON, Tuesday, 08 January 2019 - The flag handing ceremony for Exercise Maju Bersama Series 23/2018 was held today at the Royal Brunei Land Forces Headquarters (RBLF HQ). 

Present as the guest of honour was Colonel Haji Damit bin Haji Bakar, Acting Commander RBLF who handed over the flag to Major Mohammad Safizan bin Ahmad, Officer Commanding, Company C Third Battalion, Royal Brunei Land Forces as the head of the RBLF delegation.

The 23rd series of Exercise Maju Bersama will be conducted at Mandai Hill Camp, Singapore from 14 January 2019 until 28 January 2019.

The objectives of the exercise are to provide exposure to the participating personnel on Urban Operations and to exchange knowledge on conventional tactics. It is also aimed to enhance professionalism amongst soldiers from both countries and to boost bilateral cooperation between both countries.


PENYERAHAN BENDERA EKSESAIS MAJU BERSAMA SIRI 23/2018

BERAKAS GARISON, Selasa, 08 Januari 2019 – Perbarisan Penyerahan Bendera bagi Eksesais Maju Bersama Siri 23/2018 telah berlangsung di Markas Tentera Darat Diraja Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Pemangku Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei yang juga menyerahkan bendera kepada Yang Mulia Mejar Safizan bin Ahmad, PegawaI Memerintah, Kompeni C, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei, selaku Ketua delegasi TDDB.

Eksesais ini merupakan Eksesais Maju Bersama yang ke-23 dan akan diadakan di Mandai Camp Hill, Republik Singapura bermula dari 14 Januari 2019 hingga 28 Januari 2019.

Objektif Eksesais Maju Bersama adalah untuk memberi pendedahan pada taktik operasi bandar dan bertukar-tukar ilmu mengenai taktik konvensional. Selain itu, eksesais ini juga diadakan bagi meningkatkan professionalisme setiap anggota dari kedua-dua pihak. Selain menjalinkan kesefahaman dalam bidang ketenteraan, ianya juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara dua Angkatan Tentera, mengukuhkan lagi persahabatan dan menggalakkan hubungan pertahanan yang lebih dekat diantara Negara Brunei Darussalam bersama Republik Singapura.