Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SUPPORT BATTALION 29TH ANNIVERSARY PARADE

PENANJONG GARRISON, Wednesday 02 January 2019 – In conjunction with the 29th Anniversary of Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) this year, a parade ceremony was held at the Support Battalion Parade Square in Penanjong Garrison. The parade consisted of personnel from the Armoured Recconnaisance Squadron (ARS), Combat Engineer Squadron (CES), Company Headquarters (Coy HQ), Chemical Biological Radiological and Explosive Defence Unit (CBRE), Combat Boat Squadron (CBS) and supported by a Platoon of Pipe Band from Second Battalion, RBLF.

Present as the guest of honour for the ceremony was Lieutenant Colonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Commanding Officer of Sp Bn RBLF. Also present were the Deputy Commanding Officer of Sp Bn RBLF and Officer Commanding from units of Sp Bn RBLF.

The ceremony started with the inspection of the parade led by Captain Haji Mohd Hisham bin Abdullah, EOD Troop Commander, CBRE Defence Unit, followed by a speech by the guest of honour. In his speech, the guest of honour highlighted the importance of maintaining operational readiness in order to combat the ever-changing threats. He also highlighted that every personnel must uphold the spirit of regimentation, improve their leadership traits and exercise effective management whilst maintaining discipline, integrity and spirituality in preserving the image of Sp Bn RBLF. In addition, the guest of honour also shared the Battalion's future plans in relation to the establishment of new and additional units including plans to acquire key assets.

The ceremony continued with the reading of the RBLF Ikrar and concluded with the recitation of Doa Selamat headed by Imam Syakir Farhan bin Omar, Imam of the Surau Al-Hikmah Penanjong Garrison. The ceremony concluded with a cake cutting ceremony also held at the Sp Bn RBLF Cookhouse.


PERBARISAN HARI ULANG TAHUN BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

YANG KE-29

PENANJONG GARISON, Rabu 02 Januari 2019 - Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah meraikan sambutan Hari Ulang Tahun yang ke 29 tahun dengan upacara Perbarisan yang terdiri daripada anggota-anggota Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP), Skuadron Jurutera Tempur (SJT), Kompeni Markas Bn Bantu TDDB, Unit Pertahanan Kimia Biologi Radiologi dan Letupan (KBRL), Skuadron Bot Tempur (SBT) serta bantuan Platun Serunai dan Tambur Batalion Kedua TDDB di Padang Kawad Bn Bantu TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi upacara tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Hj Rony Zai bin Hj Zaini, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB. Turut hadir bagi memeriahkan lagi upacara tersebut adalah Timbalan Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB serta Pegawai-pegawai Memerintah Bn Bantu TDDB.

Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan yang diketuai oleh Yang Mulia Kapten Hj Mohd Hisham bin Abdullah, Ketua Trup EOD, Unit Pertahanan KBRL, diikuti dengan penyampaian perutusan oleh Tetamu Kehormat. Dalam ucapan tersebut, beliau menekankan kepentingan Bn Bantu TDDB dalam mengekalkan tahap kesiapsiagaan bagi menangani isu-isu perubahan tren ancaman pada masa ini. Beliau juga menekankan kepentingan bagi setiap anggota-anggota Bn Bantu TDDB untuk menanai semangat rejimentasi dan memupuk tahap kepimpinan dan pengurusan yang efektif dan seimbang.  Perkara ini adalah penting dalam menjaga disiplin, integriti serta aspek-aspek kerohanian dalam menjaga imej Bn Bantu TDDB. Ucapan beliau juga turut mengongsikan beberapa perancangan hadapan terhadap perkembangan Bn Bantu TDDB yang meliputi penubuhan unit-unit baru dan perancangan perolehan aset-aset utama.

Upacara seterusnya diserikan dengan semangat laungan lafaz ikrar Tentera Darat Diraja Brunei dan disempurnakan dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Syakir Farhan bin Omar, Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison. Majlis diakhiri dengan memotong Kek Hari Ulang Tahun Bn Bantu TDDB yang juga turut diadakan di Rumah Masak Bn Bantu TDDB.