Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SESI PERJUMPAAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERSAMA PTB-PTB KANAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis 29 Mac 2018 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah membuat lawatan bagi sesi perjumpaan bersama PTB-PTB Kanan TDDB, di Mes PW, SSjn & Sjn Batalion Kedua (2Bn) TDDB Perkhemahan Tutong.

Ketibaan Yang Mulia Pemerintah TDDB telah disambut oleh Yang Mulia PW1 Awang Rashid bin Abd Rahman, Sarjan Mejar TDDB. Sesi perjumpaan tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia SSjn Hj Nor Azlan bin Abd Rahman. Semasa sesi tersebut, Yang Mulia Pemerintah TDDB telah menekankan kepada semua bahawa PTB-PTB Kanan TDDB adalah tulang belakang yang berperanan sebagai pendidik kepada anggota-anggota bawahan dengan cara “Menegur” dan “Mendidik dengan Ilmu Pengetahuan dan Pengalaman”. Disamping itu juga “Lead by an Example” juga adalah perlu, sebagai contoh yang baik kepada anggota-anggota bawahan untuk sentiasa bersikap Profesional dalam melaksanakan tugas dengan mengamalkan prinsip 'Back To Basic' dalam menjalankan tugas seperti membuat tugasan dengan berpandukan kepada Hukuman Tetap, menggunakan masa dengan baik dan menjaga disiplin pada setiap masa dengan menjauhi gejala sosial. Selain daripada itu Pemerintah TDDB juga menekankan kepada semua yang hadir untuk menggerakkan jentera TDDB seperti menjaga kebajikan dan perlunya mengambil perhatian terhadap Human Resources Management (HRM) bagi anggota-anggota yang dipimpin. Beliau percaya dengan menjalankan perkara-perkara tersebut di atas, masalah sekuriti, sosial dan syariah akan dapat ditangani. Sesi tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.